Sebatian-sebatian gas adi sebenar Sebatian_gas_adi

Sebatian helium

Walaupun ada beberapa bukti-bukti teori bagi beberapa sebatian helium metastabil pada yang berkemungkinan stabil pada suhu amat rendah dan dala tekanan yang sangat tinggi, tidak ada lagi yang disahkan wujud melalui ujikaji (walaupun satu kation yang stabil, HeH+, telah diketahui wujud sejak penemuannya pada tahun 1925).

Sebatian neon

Beluma ada lagi sebatian neon yang dikenalpasti secara teori sehingga sekarang.

Sebatian argon

Penemuan HArF telah diumumkan pada tahun 2000.

Sebatian kripton

Kripton boleh bertindak balas dengan fluorin untuk membentuk KrF2

Sebatian xenon

Laporan berkenaan sebatian gas adi yang pertama diterbitkan telah ditulis oleh Neil Bartlett pada Jun 1962. Beliau mendapati yang sebatian yang sangat mengoksida, platinum heksafluorida, mengionkan O2 kepada O2+
2
. Oleh kerana tenaga pengionan O2 kepada O2+
2 (1165 kJ mol-1) adalah hampir sama dengan tenaga pengionan Xe kepada Xe+ (1170 kJ mol-1), beliau menguji tindak balas Xe dengan PtF6. Ini menghasilkan satu produk kristal, xenon heksafluoroplatinat, yang formula kimianya yang dicadangkan ialah Xe+[PtF6]-. Ia kemudiannya ditunjukkan yang sebatian ini sebenarnya lebih kompleks; ia mengandungi kedua-dua XeFPtF5 dan XeFPt2F11. Ini adalah sebatian sebenar yang pertama bagi sebarang gas adi.

Pada September 1962, Howard Classen melaporkan pensintesisan satu sebatian gas adi yang ringkas (dua unsur), xenon tetrafluorida, dengan mengenakan xenon dan fluorin kepada suhu yang tinggi. Pada November 1962, Rudolf Hoppe dari Universität Münster melaporkan yang xenon boleh berinteraksi dengan fluorin untuk membentuk xenon difluorida.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, beberapa sebatian gas adi, terutamanya xenon, telah disediakan. Di antaranya termasuk xenon fluorida (XeF2, XeF4, XeF6), xenon oksifluorida (XeOF2, XeOF4, XeO2F2, XeO3F2, XeO2) dan xenon oksida (XeO2, XeO3, XeO4). Xenon difluorida boleh dihasilkan dengan hanya pendedahan gas Xe dan F2 kepada cahaya matahari. Ramai telah mencuba menggabungkan kedua-dua gas ini untuk mencetuskan satu tindak balas selama 50 tahun, tetapi tiada sesiapa pernah terfikir sesuatu semudah mendedahkannya kepada cahaya matahari.

Sebatian-sebatian xenon fluorida bertindak dengan beberapa fluorida untuk membentuk fluoroxenat seperti natrium oktafluoroxenat (Na+
2XeF2−
8), dan garam fluoroxenonium seperti trifluoroxenonium heksafluoroantimoniat (XeF+
3SbF−
6).

Baru-baru ini, xenon dilihat menghasilkan pelbagai sebatian dengan formula am XeOnX2 di mana n ialah 1, 2 atau 3 dan X ialah kumpulan elektronegatif seperti CF3, C(SO2CF3)3, N(SO2F)2, N(SO2CF3)2, OTeF5, O(IO2F2), dll. Julat sebatian-sebatian ini mengkagumkan kerana ia boleh menghasilkan ribuan sebatian berbeza dan melibatkan ikatan antara xenon dan oksigen, nitrogen, karbon, boron, malahan emas, dan asid perxenik, beberapa halida, dan ion-ion kompleks. Ini adalah satu julat sebatian yang lebih kurang sama dengan unsur iodin. Sebatian Xe2Sb2F11 mempunyai satu ikatan Xe–Xe, ikatan unsur-unsur yang terpanjang yang diketahui (308.71 pm = 3.0871 Å).

Eksimer jangka hayat pendek Xe2 dan halida-halida gas adi seperti XeCl2 digunakan dalam laser eksimer.

Sebatian radon

Radon bertindak balas dengan fluorin untuk membentuk RnF2 yang memijarkan cahaya kuning dalam keadaan pepejal.